Profil Syarikat

MISI

1. Untuk menganjurkan pelbagai jenis seminar dan konvensyen ilmiah bagi faedah ummah khususnya yang berkaitan dengan kesedaran dan penghayatan Islam dalam melahirkan ummah yang bermanhaj wasatiy.

2. Untuk bekerja ke arah pendidikan dan pembelaan ummah menerusi peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan menanamkan nilai-nilai murni yang selaras dengan ajaran Islam

3. Untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi dan badan korporat di peringkat Nasional dan Antarabangsa dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.


OBJEKTIF

1. Untuk melibatkan diri dan/atau menjalankan latihan korporat, pelajar dan individu serta pembangunan sahsiah diri dan perkhidmatan lain yang berkaitan selagi mana dibenarkan oleh undang-undang.

2. Untuk membantu pengurusan kepentingan dalam membangunkan dan melanjutkan kepentingan perniagaan atau kemahiran pembangunan diri sesebuah korporat, pelajar dan individu dengan tujuan untuk menghasilkan keputusan yang praktikal, mendidik jiwa dan rohani serta meningkatkan keuntungan.

3. Untuk melibatkan diri dalam perkhidmatan pengurusan secara Islam dan untuk menyediakan kemudahan untuk seminar, latihan, persidangan, mesyuarat, untuk menguruskan konvensyen, bengkel, dan sebarang kegiatan yang mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana aktiviti yang disebut terdahulu dan/atau apa yang boleh dianggap sesuai atau mudah dijalankan dengannya.