Abdul Basit

DrAbdulBasitAbdulRahman

Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Mendapat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah Islam. Kini beliau adalah Musyrif (penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan di samping merupakan pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Dalam masa yang sama merupakan pembimbing jemaah haji, Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd. Dr Abdul Basit juga merupakan kolumnis tetap Majalah Solusi dan sering diundang membentangkan kertas kerja dalam seminar dan konvensyen.
Beliau juga sering dijemput muncul di televisyen dalam rancangan Tanyalah Ustaz, TV9 dan beberapa rancangan lain. Setiap bulan beliau akan berkelana dari Kelantan ke Lembah Klang hingga ke Selatan untuk memenuhi undangan ceramah.
Kepakaran: Fiqh Mazhab Syafi’e, Perbandingan Mazhab