Maszlee

DrMazleeMalik

Dr Maszlee Malik

Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti al-Bayt, Jordan. Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul Fiqh), Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Durham, UK pengkhususan tajuk kajian Good Governance.

Selain daripada aktif sebagai ahli NGO beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti ceramah, forum dan debat isu-isu berkaitan politik dan pemikiran politik Islam kontemporari di peringkat universiti dan awam, sama ada sebagai penalis, moderator ataupun pembentang kertas kerja.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan kolumnis kepada Majalah i terbitan Karangkraft dan kerap muncul sebagai penganalisi politik antarabangsa khususnya politik Asia Barat. Beliau juga merupakan pengarang kepada buku-buku Fiqh dan Usul serta berkaitan politik Islam.
Kepakaran: Fiqh, Usul Fiqh, Kajian Politik Islam di Timur Tengah & Asia Tenggara, Kajian Pascakolonial