Kursus Eksekutif Ilmu-Ilmu Islam Kontemporari

 

Butang DaftarButtonAturcara

  

 

 

kursusfront1

 

kursusback

Pengenalan

Allah subhanahu wa ta'ala telah berfirman:

"...supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat." Surah al-Mujadalah– ayat 11

 

Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

 

"Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, maka Dia akan memberi kefahaman agama baginya" Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

 

Ilmu pengetahuan Islam adalah wajib untuk dipelajari oleh setiap Muslim. Malah, bagi sesiapa yang Allah kurniakan baginya Ilmu, maka insan tersebut akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah.

Dalam dunia yang serba moden kini, semakin ramai orang yang  sibuk dalam dunia kerjaya sehingga mereka kekurangan masa untuk mendalami ilmu-ilmu Islam yang diadakan di masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian Islam yang lain.

 

Oleh itu, K Fiqh mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus bagi mereka yang kurang berkelapangan untuk menghadir majlis-majlis ilmu yang diadakan pada hari minggu untuk menghadiri kursus eksekutif pengajian Islam ini pada hujung minggu.

Kursus yang diadakan ini adalah kursus yang eksklusif, bersistem dan bersilibus membantu anda untuk mempelajari dan memahami ilmu-ilmu Islam dengan lebih berstruktur.

Sijil juga akan disediakan oleh pihak K FIQH yang mana ia akan ditandatangani oleh tenaga pengajar jika peserta menghadiri minimum 80% kehadiran bagi kesemua kursus yang dianjurkan.

Selain itu, peserta kursus ini juga akan menduduki ujian / peperiksaan.

 

Objektif

1. Khas buat yang berkerjaya tetapi ingin mendalami ilmu-ilmu Islam secara intensif dan berstruktur

2. Untuk mengetahui rumusan kepada ilmu-ilmu tersebut supaya mendapat kefahaman yang holistik

3. Jumlah pelajar terhad memudahkan interaksi anda dan pengajar lebih interaktif 

 

Ingin Menyumbang?

Anda juga boleh membantu menaja peserta-peserta lain yang kurang mampu sebagai infaq fisabilillah. Pihak K-FIQH akan memilih peserta-peserta ini yang kebiasaannya di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Anda hanya perlu menambah jumlah dan nyatakan jumlahnya di dalam borang pendaftaran. Semoga infaq anda menjadi saham berharga di akhirat In Sya Allah.

 

Butang DaftarButtonAturcara