Bengkel Mula Biz - November 2016

Butang Daftar

 

 

 

 

Pengenalan

Kejayaan dalam perniagaan merupakan impian setiap insan yang menceburinya. Permulaan yang baik amat penting agar bisnes itu berjaya dan terus berkembang. Selain itu, mematuhi panduan dalam Islam ketika perniagaan amat ditekankan agar perniagaan itu sentiasa diberkati-Nya.


KFiqh Sdn Bhd membawakan anda "BENGKEL MULA BIZ" pada 26 November 2016 di Dewan Seminar, Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

 

Objektif

  1. Membimbing bakal usahwan untuk mengaplikasikan penggunaan pelan perniagaan secara bijaksana.
  2. Membimbing bakal usahawan berurusniaga yang diberkati dan diredhai Allah SWT.
  3. Mendidik bakal usahawan untuk mengaplikasikan operasi secara efisyen.
  4. Mendidik bakal usahawan agar mengamalkan proses pemasaran yang efektif.
  5. Membimbing bakal usahawan agar disiplin dan konsisten dalam perniagaan.

 

Tentatif

 

0800

PENDAFTARAN

0830

SESI 1: PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN BIJAKSANA

Tuan Zusuff Kan Zainal Kan

Co-Founder Ainon Business School

1000

MINUM PAGI

1030

SESI 2: DISIPLIN & KONSISTENSI DALAM PERNIAGAAN

Dato' (Dr.) Hussamuddin Hj. Yaacub

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Karangkraf

1230

MAKAN TENGAH HARI, SOLAT ZOHOR & REHAT

1400

SESI 3: PENGURUSAN OPERASI EFISYEN & PEMASARAN EFEKTIF

Pn Fadzilah Mamat

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Benang Hijau

1630

MINUM PETANG & SOLAT ASAR

1700

SESI 4: SYARAT USAHAWAN DIBERKATI

Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman

Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

1830

BERSURAI

* Penceramah dan tajuk tertakluk pada perubahan

 

Yuran Pendaftaran

 

KATEGORI

YURAN

EARLY BIRD

(SEHINGGA 19 NOVEMBER 2016)

RM90 SEORANG

RM80 SEORANG (JIKA 3 ORANG PESERTA & KE ATAS)

SELEPAS PROMOSI EARLY BIRD & WALK IN

RM110 SEORANG
RM100 SEORANG (JIKA 3 ORANG PESERTA & KE ATAS)

 

Ingin Menyumbang?

Anda juga boleh membantu menaja peserta-peserta lain yang kurang mampu sebagai infaq fisabilillah. Pihak K-FIQH akan memilih peserta-peserta ini yang kebiasaannya di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Anda hanya perlu menambah jumlah dan nyatakan jumlahnya di dalam borang pendaftaran. Semoga infaq anda menjadi saham berharga di akhirat In Sya Allah.

 

Butang Daftar