Seminar Fiqh Zikir Doa Istiqomah Ramadhan

 

 

 

 

 

Pengenalan

Zikir merujuk kepada mengingati Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.

Doa merupakan suatu permohonan atau permintaan yang bersifat baik terhadap Allah SWT, seperti meminta kesihatan, keselamatan, rezeki yang halal dan tabah dalam menjalani kehidupan. Sebaiknya kita meminta atau berdoa kepada Allah SWT setiap waktu, setiap saat, pada bila-bila masa dan dimana pun kita berada kerana doa akan selalu didengar oleh-Nya.

 

Bagaimanakah doa dan zikir dapat dimaksimumkan terutamanya di bulan Ramadhan ini? Istiqomah semasa dan selepas Ramadhan juga penting bagi seseorang untuk terus mendapatkan keredhaan Allah.

 

Dengan ini KFiqh Sdn Bhd membawakan Seminar Fiqh Zikir, Doa dan Istiqomah Ramadhan yang akan belangsung pada 17 Jun 2017 ini di LT1, Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

 

 

Objektif

  1.  Mengajar umat Islam cara zikir dan berdoa dengan sempurna dalam suasana yang selesa serta kondusif.
  2.  Memperjelaskan kepada umat Islam mengenai salah faham dan kekeliruan dalam doa dan zikir.
  3. Membantu umat Islam untuk Istiqomah selepas Ramadhan

 

 

Apa Yang Akan Dipelajari?

 

[1] FIQH ZIKIR DAN BERDOA
========================

Anda akan belajar mengenai ilmu fiqh dalam zikir dan doa.
Zikir dan doa merupakan amalan yang perlu kita amalkan setiap hari. Tetapi adakah kita betul-betul faham apa itu zikir dan doa?
-> Definisi zikir dan doa beserta fadhilat
-> Kitab-kitab hadith yang menjadi rujukan dalam perbahasan zikir dan doa
-> Sunat dalam zikir dan hukum-hukum lain
-> Zikir dengan maksud dan tujuan yang tersendiri
-> Zikir yang diamalkan Rasulullah dalam keadaan tertentu
-> Hukum Hakam dan Kesalahan dalam zikir dan doa
-> Soal jawab zikir dan doa
-> Istiqamah dalam berzikir dan doa
Dan lain-lain

 

[2] DOA MUSTAJAB DAN SUNNAH DALAM BERDOA
==========================================

Anda akan belajar dengan lebih terperinci untuk mendapatkan doa-doa mustajab dan sunnah dalam berdoa.
Antara yang akan dipelajari :
-> Doa-doa yang dianjurkan Rasulullah.
-> Cara berdoa paling mustajab.
-> Waktu yang paling dianjurkan untuk berdoa.
-> Doa yang perlu diamalkan di penghujung bulan Ramadhan.
-> Kenapa doa tidak dimakbulkan?
-> Doa siapa akan dimakbulkan Allah?
-> Doa untuk ibubapa dan anak-anak soleh
Dan lain-lain

 

[3] Istiqomah Ramadhan : Hamba Ramadhan vs Hamba Tuhan
==================================================

Seringkali kita melihat umat Islam bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah ketika bulan Ramadhan kerana terdapat banyak kelebihan dan gandaan pahala. Namun, bagaimana untuk kita istiqamah dalam melakukan ibadah selepas Ramadhan.
Slot ini akan menceritakan tentang :
-> Hakikat sebagai hamba
-> Bagaimana berinteraksi dengan Ramadhan
-> Cara beristiqamah selepas Ramadhan
-> Cara menyambut dan menutup Ramadhan
-> 10 terakhir Ramadhan, manfaatkan sebaiknya ! 
-> Apakah amalan yang harus diutamakan ketika Ramadhan?
Dan lain-lain

 

Tentatif

 

08.00

Pendaftaran

09.00

Sesi 1: FIQH ZIKIR DAN BERDOA

Ustaz Umar Mohd Nor [Editor Kanan Telaga Biru, Penceramah Bebas]

10.30

Rehat

10.45

Sesi 2:  DOA MUSTAJAB DAN SUNNAH DALAM BERDOA

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah UIAM, Presiden MURSHID)

12.15

Makan, Solat Zohor & Rehat

12.30

Sesi 3: Istiqomah Ramadhan : Hamba Ramadhan vs Hamba Tuhan

Ustaz Fauwaz Fadzil [Konsultant Syariah Telaga Biru]

 

2.00

Tamat

* Penceramah dan tajuk tertakluk pada perubahan

 

Yuran Pendaftaran

 

KATEGORI

YURAN

EARLY BIRD INDIVIDU

(SEHINGGA 20 FEBUARI 2017)

RM80 SEORANG (Awam)

RM60 SEORANG (Pelajar)

EARLY BIRD BERKUMPULAN

(2 orang ke atas)

RM70 SEORANG (Awam)

RM50 SEORANG (Pelajar)

SELEPAS PROMOSI EARLY BIRD & WALK IN

RM100 SEORANG (Awam)
RM80 SEORANG (Pelajar)

 

Ingin Menyumbang?

Anda juga boleh membantu menaja peserta-peserta lain yang kurang mampu sebagai infaq fisabilillah. Pihak K-FIQH akan memilih peserta-peserta ini yang kebiasaannya di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Anda hanya perlu menambah jumlah dan nyatakan jumlahnya di dalam borang pendaftaran. Semoga infaq anda menjadi saham berharga di akhirat In Sya Allah.

 

Butang Daftar