Seminar Fiqh Penghayatan Solat September 2017

Solat 0917

Pengenalan

Solat merupakan salah satu perkara rukun yang mesti dilakukan oleh setiap Muslim yang mampu dan mukallaf. 

Dengan ini KFiqh Sdn Bhd membawakan Seminar Fiqh Solat Sempurna pada 30 September 2017 di LT2, Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

 

Objektif

  1.  Mengajar umat Islam cara solat dengan sempurna dalam suasana yang selesa serta kondusif.
  2.  Membantu umat Islam bertanya kepada asatizah mengenai permasalahan sewaktu solat

 

 

Apa Yang Akan Dipelajari?

 

TATACARA WUDHU' DAN BERSUCI

Anda akan belajar bagaimana cara wudhu' dan bersuci seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dan isu-isu Fiqh yang berkaitan dengannya.

Kadang2 kita rasa was-was, batal atau tidak wudhu' anda ni. Slot ni akan BANTU anda untuk selesaikan masalah ini.

-> Definisi wudhu
-> Perkara rukun, sunat dan makruh dalam wudhu
-> Perkara yang membatalkan wudhu
-> Dan lain-lain

 

IBADAH SOLAT SEMPURNA

Daripada niat solat hingga salam, anda akan belajar tatacara solat yang betul dan tepat.

Selain daripada itu, anda juga akan tahu KESILAPAN2 BIASA yang berlaku dalam ibadah solat. Perkara ni adalah PENYAKIT yang perlu DIRAWAT cepat!

Antara yang akan dipelajari dan ISU-ISU berkaitan:

-> Mengapa perlu solat?
-> Perkara fardu sewaktu solat
-> Meletakkan penghadang
-> Bacaan-bacaan dalam solat
-> Perbezaan solat lelaki dan wanita

 

PANDUAN SOLAT SEWAKTU MUSAFIR

Bagaimana kita nak tentukan jarak untuk musafir? Apa beza jama' dan qasar? Ke sama je? Bila kita BOLEH MULA solat jama' dan qasar?

-> Syarat membolehkan jama' dan qasar solat 
-> Bila tamat status musafir?
-> Adakah balik kampung dikira sebagai musafir?
-> Tempoh masa musafir
-> Beza jama' dan qasar
-> Bolehkah jama' bukan sebab musafir?
-> Soal jawab

 

PANDUAN SOLAT BAGI PESAKIT 

Bagaimana nak solat jika kita tak mampu berdiri? Atau duduk? Sahkah solat kita jika kita solat duduk pada masa sama kita mampu berdiri?

Anda juga akan tahu solat2 sunnah yang dilakukan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wasallam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian

-> Prinsip solat dalam keadaan sakit
-> Pesakit yang tak mampu gunakan air
-> Solat dalam keadaan sakit
-> Isu jama' solat kerana sakit
-> Dan lain-lain

 

Tentatif

08.00

Pendaftaran & Sarapan

09.00

Sesi 1: Tatacara Wudhu' dan Bersuci

Imam Muda Abdul Jabbar

11.00

Rehat

11.30

Sesi 2: Ibadah Solat Sempurna (Bahagian 1) - Niat hingga Ruku'

Ustaz Mustafar bin Mohd Suki

1.00

Makan, Solat Zohor & Rehat

2.00

Sesi 3: Ibadah Solat Sempurna (Bahagian 2) - Ruku' hingga Salam

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah UIAM, Presiden MURSHID)

3.30

Sesi 4: Panduan Solat Bagi Pesakit & Solat Sewaktu Musafir

Ustaz Dr. Nidzam Abdul Kadir (Pensyarah UPM)

5.00

Tamat

* Penceramah dan tajuk tertakluk pada perubahan

 

Yuran Pendaftaran

 

KATEGORI

YURAN

EARLY BIRD INDIVIDU

(SEHINGGA 24 SEPTEMBER 2017)

RM100 SEORANG (Awam)

RM80 SEORANG (Pelajar)

EARLY BIRD BERKUMPULAN

(3 orang dan ke atas)

RM80 SEORANG (Awam)

RM60 SEORANG (Pelajar)

SELEPAS PROMOSI EARLY BIRD & WALK IN

RM130 SEORANG (Awam)
RM110 SEORANG (Pelajar)

 

Ingin Menyumbang?

Anda juga boleh membantu menaja peserta-peserta lain yang kurang mampu sebagai infaq fisabilillah. Pihak K-FIQH akan memilih peserta-peserta ini yang kebiasaannya di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Anda hanya perlu menambah jumlah dan nyatakan jumlahnya di dalam borang pendaftaran. Semoga infaq anda menjadi saham berharga di akhirat In Sya Allah.

 

Butang Daftar