SEMINAR FIQH BAITUL MUSLIM APRIL 2018

Solat 0917

 

 

 

JADUAL PROGRAM

 

Program       :  Seminar FIQH Baitul Muslim

Tarikh/Hari    :  15 April 2018 [Ahad]

Masa            :  9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat         :  Dewan MURSHID, Taman Mutiara Gombak, 53100 Kuala Lumpur

Sila klik jaringan di bawah untuk tunjuk arah lokasi seminar.
http://tiny.cc/DirectionDewanMURSHID

 

Sekiranya ada pertukaran tempat/venue seminar, pihak penganjur akan memaklumkan kepada peserta

sekurang-kurangnya 5 (lima) sebelum tarikh program.

 

<>   Peserta akan menerima Sijil Penyertaan Khas.

<>   Baucer potongan 15% untuk mana-mana program anjuran K-FIQH untuk tahun 2018 akan datang.

 

 

PENGENALAN

 

Sebuah program usahasama diantara K FIQH SDN BHD bersama BaitulMuslim.com dan Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID). Ini merupakan edisi ke-2 program ini dilaksanakan dan Alhamdulillah, program ini akan membantu peserta-peserta lebih memahami konsep kekeluargaan Islam dalam erti sebenar.

 

Baitul Muslim atau Perkahwinan merupakan akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap hak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah. Allah S.W.T. berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya:

 

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bila menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.

Tetapi  jika kamu takut tidak dapat  berlaku adil, maka seorang  sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.

Yang demikian itulah  yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

 

Perkahwinan atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. ‘Nikah’ menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ‘Ijab dan Qabul’ (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.


Wallahu a’lam

 

 

 

OBJEKTIF

 

a] memberi pendedahan kepada peserta bagaimana cara atau kaedah mengurus/ merancang kewangan keluarga.

b] mengurus sumber kewangan keluarga ke arah HALAL lagi BARAKAH.

c] memberi pendedahan kepada peserta tentang perundangan Keluarga Islam.

d] memupuk peserta ke arah keluarga sakinah.

e] berkongsi cara/ kaedah menangani pasangan/ ahli keluarga apabila berlaku situasi getir/ pertengkaran.

f] mendapatkan cara/ kaedah untuk memberi motivasi/ kata semangat kepada ahli keluarga.

g] mempelajari bagaimana untuk membimbing pasangan/ ahli keluarga mengikut syariat.

h] mendapatkan tips rahsia keluarga bahagia.

 

 

 

PENCERAMAH

 

YBhg. Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Presiden MURSHID / CEO/Founder Elzar Shariah Solutions & Advisor

 

Y.A.A Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

 

YBhg. Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (USIM) / Pesuruhjaya SUHAKAM

 

  

 

TENTATIF PROGRAM

  

MASA

AKTIVITI

08.00am – 09.00am

Pendaftaran Peserta

09.00am – 11.00am

SLOT 1: PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA BERKAT LAGI HALAL

Pembentang: YBhg. Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

11.00am – 01.00pm

SLOT 2: ISTERI DEGIL, SUAMI BARAN

Pembentang: YBhg. Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh

01.00pm – 02.00pm

Rehat & Solat

02.00pm – 04.00pm

SLOT 3: SUAMI, ISTERI, ANTARA HAK & UNDANG-UNDANG

Pembentang: Y.A.A Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

 

Nota: Slot Y.M Dr Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad DIBATALKAN, kami masih berusaha untuk mendapatkan pengganti.

 

 

YURAN

PESERTA AWAM
Peserta Awam/seorang: RM100/ peserta

Peserta Awam/ (2 orang atau lebih): RM90/ peserta 

 

PESERTA PELAJAR
RM80/ seorang peserta 

 

 

KETERANGAN LANJUT

Sekiranya anda memerlukan keterangan lanjut berkenaan program SEMINAR FIQH BAITUL MUSLIM, sila hubungi kami di:
Telefon:  603-6177 4612
Faksimili: 603-6177 4613
Emel: 
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Whatsapp: http://www.wasap.my/601120727670

 

 

 

Butang Daftar

 

 

Ingin Menyumbang?

 

Anda juga boleh membantu menaja peserta-peserta lain yang kurang mampu sebagai infaq fisabilillah. Pihak K-FIQH akan memilih peserta-peserta ini yang kebiasaannya di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Anda hanya perlu menambah jumlah dan nyatakan jumlahnya di dalam borang pendaftaran. Semoga infaq anda menjadi saham berharga di akhirat In Sya Allah.
Klik jaringan ini untuk berhubung terus kepada pegawai bertugas untuk urusan sumbanganhttp://tiny.cc/KhidmatPelanggan