Seminar Pelaburan Saham Patuh Syariah 6 Januari 2018

 Seminar Saham Sept 17

 

 

Jadual

 

Program : SEMINAR PELABURAN SAHAM PATUH SYARIAH

Tarikh : 6 JANUARI 2018

Masa : 9.00 AM - 5.00 PM

Tempat : BURSA MALAYSIA, BUKIT KEWANGAN, KUALA LUMPUR

 

  

Pengenalan

Akhir-akhir ini penglibatan umat Islam khususnya rakyat Malaysia terhadap pelaburan saham makin meningkat. Hal ini dikatakan masing-masing berusaha untuk menambah dan meningkatkan nilai aset serta kewangan sendiri. Pelbagai peringkat umur telah mula melibatkan diri dalam pelaburan saham ini. Namun, menjadi kerisauan apabila ramai yang melibatkan diri dalam pelaburan saham tanpa ada ilmu di dada dan kurang pendedahan berkaitan halal haram saham yang boleh membawa kemerosotan pada umat Islam itu sendiri.

Justeru itu, K-FIQH SDN BHD dengan kerjasama SHARIAH CENTER OF EXCELLENCE, BURSA MALAYSIA BERHAD dan MALACCA SECURITIES SDN BHD  Wangsa Maju, membawakan Seminar Pelaburan Saham Patuh Syariah bagi membantu golongan ini mendapat kefahaman yang sebenar dalam pelaburan saham serta mencapai keredhaan Allah dalam usaha meningkatkan kewangan masing-masing.

 

Objektif

[a] Memahami konsep halal, haram dan syubhat dalam pelaburan saham serta contohnya.
[b] Kenali bentuk urusniaga saham dan kaitannya dengan hukum syariah.
[c] Ilmu Fundamental pelaburan saham.
[d] Analisis teknikal pemilihan kaunter saham.
[e] Memberi garis panduan asas serta kefahaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
[f] Mempelajari fungsi Bursamarketplace serta mempraktikkannya.



Siapa patut hadir?

[a] Berminat untuk mengetahui serta mendapatkan pengetahuan berkenaan trade dalam pelaburan saham patuh syariah.
[b] Sudah membuka akaun CDS tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk trade.
[c] Individu didalam Organisasi di Jabatan Pelaburan / Ekonomi / Perancangan Kewangan dan sebagainya.
[d] Pensyarah / Pelajar Insititusi Pengajian Tinggi dalam bidang Ekonomi Perniagaan, Strategi Kewangan dan Perniagaan.

 

 

 

Tentatif

 

Masa

Aktiviti

08.00 am - 09.00 am 

Pendaftaran Peserta

09.00 am - 11.00 am

Slot 1:

Pembentang: DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN

Presiden MURSHID, CEO/Founder Elzar Shariah Solutions & Advisory

 

11.00 am - 01.00 pm 

Slot 2:

i) Pengenalan kepada pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
ii) Bagaimana untuk trade menggunakan trendline, oscillator dan basic technical indicator (support & resistance, moving average dan Bollinger Band).

 

Pembentang: TUAN IZRUL ZAINAL ABIDIN

Remisier, Malacca Securities Sdn Bhd Wangsa Maju

 

01.00 pm - 02.00 pm

Rehat, Makan Tengah Hari & Solat Zohor

02.00 pm - 04.00 pm 

Slot 3:

i) Kaedah membuat pelaburan dengan "Big Boys".

ii) Price and Volume Analysis.

 

Pembentang: TUAN DZULHILMAN SULAIMAN

Head of Branch, Malacca Securities Sdn Bhd Wangsa Maju

 

04.30 pm

Bersurai

 

Perhatian: Penceramah dan tajuk tertakluk pada perubahan.

 

 

 

Yuran Pendaftaran

KATEGORI

YURAN

EARLY BIRD

(Tempoh sehingga 29 Disember 2017)

RM90/ SEORANG

 

HARGA NORMAL/ ASAL/ WALK-IN

(Selepas 29 Disember 2017)

RM110/ SEORANG

 Nota: Pihak penganjur hanya mengadakan yuran hanya untuk individu sahaja.

 

Butang Daftar